Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
Sunday 11 December 2011
Organisasi Kandungan
KSSR Pendidikan Moral digubal mengikut tema dan mengandungi enam tema
yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal . Penggubalan tema
ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya.Tema-tema tersebut
adalah seperti berikut.
- Tahun 1 : Diri Saya
- Tahun 2 : Saya dan Keluarga
- Tahun 3 : Saya dan Sekolah
- Tahun 4 : Saya dan Jiran
- Tahun 5 : Saya dan Masyarakat
- Tahun 6 : Saya dan Negara
Wednesday 7 December 2011
Sejarah Pendidikan Moral
- Mata pelajaran teras untuk murid bukan islam
- 1983 – Diperkenalkan di sekolah rendah
- 1989 – Diperkenalkan di sekolah menengah
- 1993 – Diuji dalam SPM
- 1999 – Semakan semula kurikulum
- 2001 – Penyediaan buku teks KBSR/KBSM secara berperingkat
- 2002 –Kursus orientasi Jurulatih utama
- 2003 – Perlaksanaan kurikulum semakan secara berperingkat
- 2010 – Perlaksanaan KSSR Tahun 1
Maksud Moral
Kepentingan Pendidikan Moral
Bermaksud ajaran berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang yang berasaskan baik buruk sesuatu akhlak. Moral melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif, namun bukan semua pernyataan normatif melibatkan soal moral.
Kepentingan Pendidikan Moral
- Membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global ( Matlamat KSSR )
- Selaras dengan prinsip ke-5 dalam Ruku Negara
- Selaras dengan cabaran ke-4 dalam Wawasan 2020
Standard Kandungan & Standard Pembelajaran
Standard Kandungan | Standard Pembelajaran Tahun 1 |
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip
Rukun Negara.
1.2 Mengetahui keunikan alam
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.1.1 Menyatakan keadaan alam di kawasan tempat tinggal 1.1.2 Menceritakan kepelbagaian ciptaan Tuhan 1.1.3 Menghargai alam ciptaan Tuhan 1.1.4 Melibatkan diri dalam menjaga keindahan alam 1.1.5 Mengamalkan sikap menghargai alam ciptaan Tuhan |
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan
orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
2.1 Membantu keluarga
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
2.1.1 Menceritakan sifat baik hati yang ada pada diri 2.1.2 Menyenaraikan cara membantu keluarga 2.1.3 Menyedari perasaan ahli keluarga yang memerlukan bantuan 2.1.4 Menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga 2.1.5 Menunjukkan cara membantu keluarga |
3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna.
3.1 Melaksanakan tanggungjawab diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
3.1.1 Menyenaraikan tanggungjawab diri 3.1.2 Menyatakan kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri 3.1.3 Melaksanakan tanggungjawab diri |
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
4.1 Mengamalkan sikap berterima kasih
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
4.1.1 Mengucapkan terima kasih dalam pelbagai bahasa 4.1.2 Mengenali pelbagai cara memberi penghargaan 4.1.3 Menyatakan perasaan penghargaan atas pemberian yang diterima 4.1.4 Memberi penghargaan melalui pelbagai cara 4.1.5 Menunjukkan cara memberi penghargaan |
5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
5.1 Menunjukkan adab dalam tutur kata dan tingkah laku
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
5.1.1 Mengenal pasti tutur kata dan tingkah laku yang bersopan 5.1.2 Menyedari kesan tutur kata dan tingkah laku yang bersopan 5.1.3 Mengamalkan tutur kata dan tingkah laku yang bersopan 5.1.4 Menunjuk cara berkomunikasi dengan beradab sopan dalam tutur kata dan tingkah laku |
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi
sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
6.1 Menghormati diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
6.1.1 Menyatakan cara menjaga kehormatan diri 6.1.2 Menghormati diri sendiri 6.1.3 Menghormati setiap individu seperti menghormati diri sendiri 6.1.4 Menghormati peraturan dalam aktiviti seharian |
7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir daripada hati yang ikhlas.
7.1 Menyayangi diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
7.1.1 Menyatakan cara menjaga kebersihan diri 7.1.2 Menyatakan cara menjaga keselamatan diri 7.1.3 Menghargai diri dengan menjaga kebersihan diri 7.1.4 Menghargai diri dengan menjaga keselamatan diri 7.1.5 Menjaga kebersihan diri 7.1.6 Menjaga keselamatan diri |
8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.
8.1 Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 8.1.1 Menyatakan contoh keadilan dalam perlakuan seharian 8.1.2 Menceritakan sebab perlu adil dalam perlakuan Seharian 8.1.3 Menyedari kesan ketidakadilan dalam perlakuan seharian 8.1.4 Bertindak adil dalam perlakuan seharian |
9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.
9.1 Mengamalkan sikap berani mempertahankan maruah diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 9.1.1 Menceritakan perlakuan berani mempertahankan maruah diri 9.1.2 Menyatakan kepentingan berani mempertahankan maruah diri 9.1.3 Mengamalkan sikap berani dalam aktiviti seharian |
10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
10.1 Mengamalkan sikap jujur dalam diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 10.1.1 Menceritakan perlakuan jujur 10.1.2 Menyatakan sebab perlunya bercakap benar 10.1.3 Menyedari kelebihan bercakap benar kepada diri Dan orang lain 10.1.4 Mengamalkan sikap bercakap benar dalam perlakuan harian |
11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan
sesuatu perkara.
11.1 Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan harian
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 11.1.1 Menyatakan ciri-ciri kerajinan dalam diri 11.1.2 Menyedari kebaikan mengamalkan kerajinan 11.1.3 Mengamalkan sikap rajin dalam aktiviti seharian |
12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama
12.1 Bersedia memberi kerjasama kepada individu yang memerlukan
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
12.1.1 Menyatakan kebaikan bekerjasama 12.1.2 Menyenaraikan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama 12.1.3 Menceritakan perasaan setelah melaksanakan aktiviti bersama-sama 12.1.4 Menjalankan aktiviti bersama-sama |
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
13.1 Mengamalkan sikap sederhana dalam diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
13.1.1 Menyatakan perlakuan sederhana dalam diri 13.1.2 Menceritakan kepentingan bersikap sederhana 13.1.3 Mengamalkan perlakuan sederhana dalam aktiviti |
14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan
hidup
14.1 Mengamalkan sikap toleransi dalam diri
|
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 14.1.1 Menyatakan cara bertolak ansur 14.1.2 Menyedari kebaikan bersikap toleransi 14.1.3 Mengamalkan sikap toleransi dalam aktiviti seharian |
Saturday 3 December 2011
Pendidikan Moral dalam KSSR
Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
Objektif
Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah membolehkan murid untuk mencapai objektif berikut:
- Memahami dan menghayati nilai-nilai universal.
- Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia.
- Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara; dan iv. mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
Peranan Guru
Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain
iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan tingkah laku moral, guru berhadapan dengan
cabaran yang agak kompleks dalam penyediaan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap aktiviti yang akan membantu
meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran mereka. Guru juga perlu
membantu murid dengan menyediakan garis panduan bagaimana mereka bekerja dalam
kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru menyediakan peluang untuk
komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari aspek berkongsi idea,
melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap penglibatan murid secara
aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman dalam penglibatan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pendahuluan
Kurikulum Standard Pendidikan Moral ialah satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif.
Perasaan Moral
Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.
Perlakuan Moral
Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab dan akauntabiliti.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Nilai-Nilai Murni
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masingmasing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.
3. Bertanggungjawab
4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
5. Hemah tinggi
6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.
7. Kasih Sayang
8. Keadilan
9. Keberanian
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
14. Toleransi
Subscribe to:
Posts (Atom)